Produk Ini Pernah Menjadi Pencuci Tandas

179

Listerine merupakan jenama produk ubat kumur yang paling popular di dunia. Namun tahukah anda bahawa Listerine dahulu pada awalnya digunakan sebagai pencuci tandas?

Bukan sahaja digunakan untuk mencuci tandas, malahan Listerine turut dipromosikan untuk mengatasi penyakit gonorrhea atau penyakit kelamin.

Maka, bagaimana produk mencuci tandas dan ubat penyakit kelamin boleh berubah menjadi produk kumur mulut?

Pada tahun 1800an, Joseph Lister atau dikenali sebagai Dr. Lister mengatakan amalan membasuh tangan adalah tindakan yang bagus. Beliau percaya penyakit datang dari udara yang kotor dan busuk.

Dr. Lister turut mendapati bahawa mencuci alat perubatan dan tangannya dengan fenol akan mengurangkan peratusan kematian pesakit beliau berbanding sebelum itu.

Selepas beliau menemukan penggunaan fenol, Dr. Lister mengkaji lebih mendalam tentang teori mikroorganisma jahat yang melanda seluruh manusia.

Dr. Lister percaya kuman ibarat raksasa yang tidak kelihatan tetapi sangat bahaya dalam kehidupan seharian manusia.

Bagaimanapun, idea berkenaan banyak ditolak oleh para doktor lain ketika itu. Sebelum itu, alat perubatan doktor tidak dicuci tetapi Dr. Lister yang memulakan revolusi penggunaan antiseptik dalam bidang kedoktoran.

Seorang ahli kimia dan ahli perniagaan, Jordan Wheat Lambert memutuskan untuk membuat antiseptik. Mungkin kerana beliau berminat dengan Dr. Lister dan ingin mendapatkan pemasaran percuma, Lambert menamakan produk keluarannya iaitu Listerine.

Ketika itu, antiseptik digunakan untuk mencuci alat pembedahan sahaja namun tidak laku dijual. Disebabkan itu, rakan kongsi Lambert iaitu Dr. Joseph Lawrence membuat keputusan memasarkan produk mereka dengan bermacam-macam taktik seperti mampu merawat kelumumur, digunakan selepas bercukur, untuk mencuci tandas dan merawat penyakit kelamin.

Namun, jualan Listerine masih tidak laku meskipun pelbagai taktik telah digunakan maka mereka memerlukan strategi yang baharu.

Oleh itu, wujudlah hilotosis. Hilotosis ini adalah gabungan dua perkataan Latin iaitu ‘halitus’ yang bermaksud nafas dan ‘osis’ adalah penyakit atau bahasa mudahnya adalah nafas berbau.

Perkataan itu digunakan supaya orang ramai menganggap hilotosis adalah penyakit yang berbahaya dan hanya boleh diubati dengan Listerine, sedangkan nafas berbau boleh ‘dirawat’ dengan hanya makan gula-gula getah.

Sebenarnya, strategi menakutkan orang ramai untuk orang ramai membeli sesuatu produk masih dilakukan sehingga ke hari ini dan merupakan taktik yang sangat ‘berkuasa’.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat