Program Vaksinasi Joe Biden Ini Beri Sinar Baharu!

375

Pentadbiran Amerika Syarikat merancang untuk membeli 100 juta dos tambahan vaksin Covid-19 Johnson & Johnson berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh NBC News.

Presiden Joe Biden dijangka umumkan rancangan beliau pada hari Rabu semasa pertemuan Rumah Putih bersama pegawai eksekutif dari J&J dan Merck.

J&J kini mempunyai perjanjian dengan kerajaan A.S untuk membekalkan 100 juta dos pada akhir pada bulan Jun. Kerajaan persekutuan telah mengedarkan 3.9 juta dos vaksin pada minggu lalu dan merancang untuk mengagihkan 16 juta pada akhir bulan ini.

Pengumuman itu dibuat ketika pihak pentadbiran berusaha untuk meningkatkan pengeluaran vaksin J&J disebabkan syarikat tersebut ketinggalan dalam pengeluaran vaksin. The New York Times pertama kali melaporkan pada bulan Januari bahawa kelewatan tersebut adalah tidak dijangka sehingga menyebabkan pengurangan bekalan ubat J&J.

Menurut penasihat kesihatan ,Dr. Anthony Fauci menyatakan bahawa kemungkinan semua orang akan divaksin antara bulan Jun sehingga Julai. Pemain pasaran percaya bahawa pengedaran vaksin secara besar-besaran bakal mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat