Prospek Jualan Kukuh, Proton Kembali Ke Persada Bumi Afrika!

394

‘Makin garang lepas keluarkan X50 dan X70 ya, harap masalah tingkap dah settle.’

Sedar tidak sedar sudah 10 tahun jenama kereta tempatan, Proton berehat (hiatus) tetapi kini logo harimau perak bakal kembali bersinar disebalik belian di bumi Afrika.

Melalui perjanjian kerjasama antara Proton Holdings Bhd dan CMH Group, pengedar utamanya di Afrika Selatan, ia menandakan jenama kereta tempatan tersebut bakal kembali selepas kali terakhir membuat penjualan pada 2012.

Menurut kenyataan dari pihak Proton, penghantaran pertama model CBU yang diimport sepenuhnya akan mula dijual pada September ini dengan Proton X50 dan Proton X70 menjadi antara yang terawal dipasarkan.

Selain itu, pihak Proton berasa yakin akan prospek penjualannya di Afrika Selatan dengan meletakkan unjuran jualan kukuh bagi tahun ini dan menyasarkan lebih daripada 2 kali ganda volumnya pada 2023 kelak.

Keyakinan tersebut telah berpaksikan pada jumlah penjualan eksport suku pertama tahun ini yang mencatat peningkatan sebanyak 175% dan syarikat menjangkakan menjelang akhir tahun penjualan akan cecah 300%.

Menyusuri rekod, pada 2010 lalu Proton telah menyaksikan sebanyak 29,833 unit telah dieksport di pasaran luar negara sebelum ia mula menyusut kepada 284 unit pada 2017.

Namun, pada tahun lepas Proton telah mencatat sebanyak 3,018 unit dijual di luar negara, iaitu lebih 2 kali ganda daripada 1,508 unit yang dieskport pada 2020.

Maka, bagi 2022 jabatan penjualan antarabangsa Proton meletakkan sasaran pengembangan jualan eksport sebanyak 10,000 unit.

Terang Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu, penjualan eskport menjadi matlamat jangka panjang syarikat dan mereka dikatakan ingin mengeksploitasikan kekuatan produk, jenama dan hubungan Malaysia dengan negara lain untuk bertapak dalam banyak pasaran baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat