Protes besar-besaran di Kota London!

91

Polis menganggarkan seramai 30,000 orang menyertai protes terhadap keputusan referendum yang diadakan pada 23 Jun lalu yang berpihak kepada Brexit.

Protes ini membantah Britain keluar daripada European Union. Kemenangan tipis 52%-48% oleh Brexit dilihat tidak dipersetujui oleh mereka yang mahu Britain kekal dalam European Union.

Dan ada juga antara yang menyokong Brexit, menyesal dengan keputusan mereka dan Bregret (kesal dengan Brexit) turun ke kota London semalam untuk reverse keputusan referendum.

Kebanyakan daripada protes adalah yang berusia antara 25-40 dan membawa sepanduk slogan “Kekal Bersama EU”. Ada yang membawa bendera EU dan ada juga yang mengecat muka dengan warna biru dan kuning (warna bendera EU).

Perarakan mereka bermula dengan berkumpul di Park Lane dan kemudiannya berarak ke Dataran PArlimen melalui Picadilly, Trafalgar Square dan Whitehall.

Penganjur protes ini, Kieran MacDermott menulis di Facebook, “Kita boleh elakkan daripada Brexit berlaku dengan menolak penerimaan keutusan referendum. Ia adalah tanggungjawab Parlimen untuk memikirkan tentang demokrasi dengan lebih berhati-hati dan adakan undian adakah rakyat sanggup untuk keluar daripada EU.”

Boleh tarik balik ke keputusan Brexit? Baca di sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat