Protokol Kyber Network (KNC) Integrasikan Aplikasi Yang Mudah!

224

Kyber Network merupakan protokol kecairan on-chain yang mengagregat kecairan dari pelbagai sumber untuk menyediakan transaksi lebih selamat dan segera pada mana-mana aplikasi yang tidak berpusat (DApp).

Matlamat utama Kyber Network adalah untuk membolehkan DApps, bursa tidak berpusat (DEX) dan pengguna lain untuk mengakses dengan mudah kecairan pool yang menyediakan kadar terbaik.

Mula dibangunkan pada tahun 2017 dan dibina di atas blockchain Ethereum, diasaskan oleh Loi Luu, Victor Tran dan Yaron Velner.

Uniknya, Kyber Network adalah alat pertama yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menukar token dengan segera tanpa memerlukan pihak ketiga, seperti pertukaran berpusat.

Seni bina unik Kyber direka untuk menjadi mesra pemaju, membolehkan protokol mudah diintegrasikan dengan aplikasi dan protokol berasaskan blockchain yang lain.

Selanjutnya, melihat kepada carta pergerakan semasa harga KNC/USDT,

Pergerakan harga dapat dilihat menyaksikan kenaikan yang positif pada pembukaan pasaran awal bulan Jun 2021 dengan menghasilkan lebih 60% kenaikan.

Namun, KNC tidak dapat meneruskan kenaikan tersebut secara konsisten sehingga menyusut ke paras sokongan sekitar $1.10 di penghujung bulan Jun yang menjadi pemerhatian para pelabur.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat kembali memberi isyarat yang positif untuk membuat momentum kenaikan dan sedang menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $1.5.

Untuk jangkaan seterusnya, zon tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi dan seterusnya menguji zon resistance sekitar $1.6 yang dinantikan oleh para pelabur.

Namun jika pergerakan harga kembali mencorakkan trend penurunan, pergerakan harga bakal menuju dan menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $1.4 sebelum meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, KNC/USDT didagangkan pada harga $1.49 dengan nilaian pasaran lebih $300 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-120 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto KNC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat