Proton Lancar Model EV Terbaru e.MAS, Malaysia Menuju Ke Arah Elektrifikasi!

653

Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd baru sahaja memperkenalkan jenama kenderaan elektrik (EV) yang dinamakan e.MAS dalam menuju Malaysia ke arak elektrifikasi.

Proton dalam kenyataannya berkata akronim nama itu mewakili matlamat untuk memperkasakan Malaysia. Simbol ‘e’ adalah singkatan EV dan singkat MAS pula bermaksud Malaysia.

Ia akan mencerminkan misinya untuk menggerakkan mobiliti rakyat Malaysia melalui model EV pada masa akan datang.

Mereka juga memperkenalkan logo untuk jenama EV barunya yang menampilkan rekaan logo 2D dan harimaunya ‘tidak terkurung’ agar melambangkan pergerakan ke hadapan menuju kejayaan.

Ketua pegawai eksekutif Proton, Dr Li Chunrong menekankan bahawa pelancaran jenama dan logo e-MAS adakah bukti kemajuan ketara dalam perkembangan Proton ke arah memperkenalkan model EV sendiri.

Mereka sebagai sebuah syarikat yang terikat dengan perindustrian Malaysia perlu bertanggungjawab untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang relevan dan boleh dicapai oleh semua rakyat Malaysia.

Katanya lagi, Proton sebelum ini mendedahkan 17 pengedar EV memuktamadkan perjanjian mereka dalam satu majlis yang telah berlangsung.

Permohonan itu diterima baik oleh pihak pengedar dengan objektif awal ditetapkan untuk menubuhkan 30 cawangan menjelang 2025.

Sejak menjalinkan perkongsian dengan Geely pada 2017, Proton telah menumpukan untuk memperkenalkan model EV tetapi rancangannya ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat