Psst Dah Tahu Ke? Sesame Street Lancarkan Koleksi NFT Pertamanya!

941

“Peminat mesti suka kan bila watak-watak dalam Sesame Street ni jadi NFT.”

Sesame Workshop, pada asalnya dikenali sebagai Children’s Television Workshop bakal melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) pertamanya yang menampilkan program TV pendidikan popular iaitu Sesame Street.

Dilaporkan, Sesame Workshop menjalin kerjasama dengan pasaran koleksi digital VeVe berpangkalan di New York untuk memperkenalkan NFT Cookies Monster Digital Collectibles yang akan dijual pada harga $60 setiap unit.

Koleksi digital Cookie Monster yang akan dikeluarkan pada 19 Mac melalui aplikasi Veve adalah watak biru dalam rancangan Sesame Street paling terkenal dan digemari oleh penonton di seluruh dunia.

Walaupun Cookie Monster hanya mempunyai satu NFT sahaja, ia mempunyai 5,555 edisi yang akan dijual, di mana Sesame Workshop bakal melancarkan banyak lagi koleksi Sesame Street pada lewat tahun ini selepas keluaran awal tersebut.

Para peminat boleh menjangkakan lebih banyak pengeluaran NFT pada masa hadapan susulan rancangannya adalah untuk mulakan dengan Cookie Monster dan diikuti satu siri koleksi lain.

Menurut Jennifer Ahearn, naib presiden Sesame Workshop berkata bahawa kerjasamanya dengan VeVe adalah bertujuan untuk memberi peminat lamanya kaedah baharu bagi mempamerkan rasa cinta mereka terhadap Sesame Street dan wataknya.

Sementara co-founder dan ketua pegawai operasi VeVe bernama Dan Crothers pula menyebut Sesame Street yang merupakan salah satu jenama paling ikonik sepanjang masa telah menjadi sebab mereka mengambil peluang untuk bekerjasama dengannya dalam melancarkan NFT.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat