Public Bank Menderu Laju Bak Ombak!

797

Public Bank menjadi kaunter paling untung pada sesi dagangan hari ini selepas pelabur menolak kebimbangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melakukan aktiviti pembelian besar-besaran berikutan penurunan harga sahamnya sejak beberapa hari lepas.

Saham Public Bank melonjak semula sebanyak RM1.42 atau 7.07% kepada RM21.50 pagi ini.

Pada pukul 11.16 pagi, saham Public Bank mengalami kenaikan pada harga RM21.16, mencatatkan lonjakan sebanyak RM1.08 atau 5.38%.

Kaunter itu menyaksikan 4.06 juta sahamnya bertukar tangan.

Sementara itu, Public Bank menerusi maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, para pemegang sahamnya meluluskan cadangan penerbitan bonus ketika mesyuarat agung tahunan (AGM).

Public Bank sebelum itu mencadangkan untuk menerbitkan sehingga 15.53 bilion saham biasa baharu di bank berdasarkan empat saham bonus bagi setiap saham yang sedia ada

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat