Pump-and-Dump : Awas! Skim Hebat Perdaya Pelabur

850

Pump-and-dump merupakan satu skim yang memanipulasi peningkatan harga saham melalui cadangan berdasarkan kenyataan palsu, mengelirukan atau ditokok tambah.

Skim ini kebiasaannya melibatkan individu berpengaruh yang telah mempunyai kedudukan kukuh dalam saham syarikat lalu menjualnya akibat daripada desas-desus bahawa harga saham meningkat.

Ianya adalah satu perbuatan yang melanggar undang-undang sekuriti dan boleh dikenakan hukuman yang berat.

Selain itu, skim berkenaan dijalankan secara rahsia dan tertutup. Namun, dengan kemunculan teknologi internet, ianya mula didedahkan kepada umum.

Mesej akan dihantar kepada pelabur untuk menarik minat mereka agar membeli saham dengan cepat. Selain itu, scammer akan mendakwa bahawa mereka mempunyai maklumat dalaman berkenaan kenaikan harga saham bertujuan untuk meyakinkan pelabur.

Setelah pelabur berjaya diperdaya, saham-saham mereka akan dijual lalu menyebabkan harga saham jatuh merudum. Berikutan dengan kejatuhan berkenaan, para pelabur baru akan menanggung kerugian dan kehilangan wang.

Di samping itu, skim tersebut mensasarkan kepada saham berskala kecil kerana paling mudah untuk dimanipulasi.

Contoh realiti pump-and-dump dapat kita saksikan melalui sebuah filem yang sangat popular dalam kalangan pelabur iaitu “The Wolf of Wall Street”. Filem tersebut mengisahkan tentang syarikat broker saham Stratton Oakmont yang diasaskan oleh Jordan Belfort lakonan pelakon hebat Leonardo Dicaprio, menawarkan harga saham yang dimiliki berdasarkan kenyataan yang salah dan mengelirukan untuk menjual saham yang dibeli dengan harga lebih murah.

Realiti, pengasas bersama firma Jordan Belfort telah didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan kerana penglibatannya dalam skim tidak bermoral. Beliau telah mengabadikan kisah perjalanan hidupnya menjadi sebuah memoir yang diadaptasikan ke dalam filem terkenal tersebut dan turut memenangi anugerah peringkat tinggi.

Kini, skim yang sama boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada akaun dagangan atas talian dan mempunyai keupayaan untuk menyakinkan para pelabur lain untuk membeli saham.

Kesimpulannya, para pelabur mestilah sentiasa berhati-hati dan bertindak dengan bijak apabila berhadapan dengan scammers. Lakukan kajian terlebih dahulu terhadap apa-apa maklumat yang diperolehi, jangan mudah terpedaya!

Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat