Punca Betul BOE Ini! Sebabkan GBP/USD Menjunam 200 Pips!

492

Meninjau kepada carta pergerakan harga GBP/USD, harga tampaknya memapar lonjakan pada Rabu untuk menguji paras 1.37000 sebelum mempersembahkan aksi terjunan pada Khamis.

Berbeza berbanding Federal Reserve (Fed) yang melaksanakan langkah tapering, bank pusat England nampaknya telah mengecewakan jangkaan pasaran untuk pengetatan dasar polisi sebelum ini.

Bank of England (BOE) nampaknya malah mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada paras 0.10% dan secara tidak langsung terus mendorong pengerakan bagi matawang Pound untuk menyusut dengan ketara menuju penghujung minggu.

Selain itu, tekanan yang masih lagi dirasai mengenai ketidaktentuan Brexit ketika ini turut menjadi faktor yang menyebabkan nilai Pound terus melemah di kala matawang USD yang sedang mengukuh.

Oleh yang demikian, ia sama sekali telah mendorong harga GBP/USD untuk membuat terjunan melebihi 200 pips pada dagangan Khamis sehingga melepasi paras sokongan awal minggu pada 1.36000.

Penurunan yang dipamerkan dilihat terus tenggelam sehingga menembusi paras 1.35000 sebelum bergerak perlahan dan mendatar pada penghujung sesi dan bersambung ke sesi Asia hari ini (Jumaat).

Momentum penurunan yang dikekalkan bakal menyaksikan pergerakan harga untuk menguji zon sokongan pada penghujung September iaitu sekitar 1.34000 yang juga merupakan paras terendah bagi 2021.

Andai kata USD berjaya peroleh sokongan pada penerbitan data NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini, tidak mustahil untuk harga menjunam dengan parah lagi dan catat paras terendah yang baharu.

Akan tetapi sekiranya pergerakan harga kembali berupaya untuk menghasilkan momentum lonjakan, zon SBR (support become resistance) 1.36000 dijangka akan diuji semula sebelum melonjak lebih agresif.

Lonjakan agresif yang jelas akan memperlihatkan harga menguji zon SBR selanjutnya pada 1.37000 dan seterusnya bakal memberi petunjuk awal untuk harga membuat perubahan trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat