Punca Saham Junam, Elon Musk Jual $3.95 Bilion Saham Tesla!

1,429

Laporan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) menyatakan bahawa jutawan Elon Musk, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla bertindak menjual saham Tesla berjumlah 19.5 juta bernilai lebih $3.95 bilion.

Namun begitu, Musk yang enggan menjelaskan sebab penjualan tersebut telah mengakibatkan saham Tesla menjunam 2.93% dalam tempoh 24 jam lalu dan meneruskan penurunannya lagi sebanyak 0.68%.

Diperjelaskan juga bahawa jutawan tersebut kini berjaya mengambilalih platform media sosial Twitter selepas dikenakan tindakan saman dan dipaksa membeli pada tawaran awal oleh platform itu.

Hal ini berikutan kerana Musk tidak menepati janjinya untuk membeli Twitter pada $44 bilion bersamaan dengan harga $54.20 sesaham ekoran platform tersebut mempunyai masalah berkaitan isu bot.

Semasa Musk terlibat dalam pertempuran undang-undang bersama Twitter, beliau dikatakan telah menjual saham Tesla agar dapat membuat persediaan sekiranya Twitter mengarahkannya menepati perjanjian itu juga.

Rentetan itu, beliau tanpa melengahkan masa terus memaklumkan kepada lembaga Twitter untuk pengambilalihan platform itu pada harga asal dan meneruskan langkahnya dengan memecat CEO, CFO serta eksekutif-eksekutif kanan platform itu.

Sungguhpun penggunaan Twitter melonjak tinggi selepas pengambilalihan tersebut, Musk berkemungkinan harus memikirkan alternatif lain bagi tingkatkan kewangan ekoran beberapa syarikat utama seperti United Airlines, Pfizer dan Audi telah menarik iklannya daripada Twitter.

Dalam pada itu, Musk dan Tesla dilporkan telah memegang sejumlah besar mata wang kripto, tetapi Tesla menjual pegangan Bitcoin (BTC) secara tunai susulan keadaan makroekonomi yang tidak memberangsangkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat