Pura-Pura Terkejut, Ini Pergerakan Ekuiti Selepas Mesyuarat FOMC

298

Tiada kejutan istimewa dari Federal Reserve (Fed) apabila kadar faedah dinaikkan sebanyak 75 mata asas semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pengetatan dasar monetari bank pusat itu pada 3.25%.

Malah, Presiden Fed  Jerome Powell terus bernada hawkish semasa mesyuarat FOMC dengan mengatakan kadar faedah dijangkakan mencapai 4.4% pada hujung tahun dan 4.6% menjelang 2023 bagi mencapai sasaran inflasi di bawah 2%.

Ekoran itu, pasaran ekuiti yang memperlihatkan sedikit kenaikan sebelum mesyuarat FOMC kembali menyusut tatkala Hasil Perbendaharaan dan greenback melonjak tinggi selepas pengumuman Fed.

Melihat carta indeks Wall Street, Dow Jones Industrial jatuh 1.7%, pada 30,183.78, S&P 500 hilang  1.71%, pada 3,789.93 dan Nasdaq Composite turun 1.79% pada 11,220.19.

Indeks STOXX 600 Eropah ditutup tinggi 0.90% selepas ia menyusut ke paras terendah Julai ekoran pengumuman Presiden Rusia, Vladimir Putin berkenaan pergerakan tenteranya.

Di Asia, Nikkei 225 Jepun susut 1% sementara Topix jatuh 0.78% tatkala Kospi Korea Selatan hilang 1.12% dan Kosdaq turun 1.41%.

Secara keseluruhan, tolok MSCI saham global jatuh 1.55% sementara indeks meluas MSCI Asia Pasifik luar Jepun susut 0.46%.

Ringkasan mengenai dolar, indeks greenback naik 1.026% dengan Euro jatuh 1.27% pada $0.9843 dan Yen lemah 0.19% pada 143.98 per dolar.

Nota hasil Perbendaharaan 10 tahun mencapai rekod tertinggi 3.6401% dan hasil 2 tahun cecah 4.123%, iaitu paras tertingginya sejak Oktober 2007.

Penyongsangan pada keluk 10 tahun dan 2 tahun, perbezaan 53 mata asas, menandakan kemelesetan akan hadir dalam tempoh 1 ke 2 tahun lagi.

Bagi komoditi, impak FOMC membuatkan niaga hadapan Brent turun 79 sen pada $89.83 sementara WTI jatuh $1 pada $82.94 tatkala niaga hadapan emas naik 0.3% pada $1,675.70 per auns dan Bitcoin (BTC) lonjak 0.04% pada $18,886.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat