Putera Raja Dilantik Jawatan Menteri Tenaga Yang Baru?

278

Arab Saudi mengejutkan dunia apabila Raja Salman telah menggantikan jawatan Menteri Tenaga dan Teknokrat yang disandang oleh Khalid Al-Falih sebelum ini dengan putera beliau iaitu Putera Abdulaziz bin Salman yang juga merupakan saudara kandung Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Penamaan tersebut adalah pertama kali disandang oleh putera raja dari keluarga pemerintah Al-Saud untuk jawatan penting dalam Kementerian Tenaga.

Pengumuman jawatan penting itu dilaporkan media dalam keadaan pasaran minyak mentah masih lagi dilihat belum mencapai paras yang stabil.

Namun, harga minyak kembali mencatatkan kenaikan selepas jangkaan OPEC bakal meneruskan tindakan pengurangan pengeluaran bekalan minyak mentah yang telah dilaksanakan sejak awal tahun ini.

OPEC+ bersama jawatankuasa gabungan pemantauan menteri bersama (JMMC) dilaporkan akan mengadakan pertemuan di Abu Dhabi pada 12 September iaitu Khamis ini bagi membincangkan isu bekalan minyak dan keputusan untuk lanjutan pengurangan pengeluaran.

Turut dilaporkan bahawa Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak bakal bertemu Putera Abdulaziz di Riyadh pada hari ini untuk membincangkan isu berkaitan kunjungan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke Arab Saudi pada bulan hadapan.

Rundingan di antara dua Menteri Tenaga itu akan dipantau oleh pelabur khususnya selepas Putera Abdulaziz ditabalkan jawatan sebagai Menteri Tenaga Arab Saudi terbaru.

Dalam kenyataan Putera Abdulaziz pula, beliau menjelaskan pasaran minyak mentah kini dipandu oleh sentimen negatif pasaran namun tambah beliau, pertumbuhan permintaan minyak mentah tidak terkesan.

Perkembangan rundingan dagang AS-China yang masih reda buat waktu ini menyokong kestabilan pasaran minyak namun pelabur tetap berwaspada memantau perkembangan rundingan dagang antara dua negara pengguna minyak terbesar dunia tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat