Putera Terkaya Arab Saudi Yakin Bitcoin Akan Jatuh Seperti Enron

264

Putera Alwaleed bin Talal merupakan cucu kepada pengasas Arab Saudi, Raja Abdulaziz Al Saud dan berkedudukan ditangga 45 orang terkaya didunia. Reputasi beliau dibina apabila menjadi orang terawal melabur ke dalam syarikat-syarikat teknologi seperti Twitter dan AOL, namun tidak di dalam Bitcoin.

Dalam Kotak Squawk CNBC beliau menyebut;

Saya tidak percaya dengan Bitcoin. Saya yakin ianya akan jatuh suatu hari nanti. Saya fikir ianya adalah kemunculan semula Enron

Walaupun Alwaleed dikenali sebagai orang paling berjaya dalam penemuan awal trend teknologi baru, namun disebabkan kekurangan kuasa pentadbiran pusat menyebabkan beliau yakin Bitcoin akan gagal. Nada beliau ini selari dengan CEO JPMorgan Chase, Jamie Dimon.

Perkara ini tidak masuk akal. Bitcoin tidak berada di bawah pengawasan Federal Reserve atau mana-mana bank pusat. Saya langsung tidak percaya dengan pelaburan ini. Saya setuju dengan Jamie Dimon

Apakah Enron?

Enron adalah sebuah syarikat Amerika yang paling inovatif namun terkenal dengan penipuan mereka melalui kelemahan sistem audit dengan menghasilkan gambaran yang mengabui mata pelabur sehingga saham mereka naik mendadak kepada $90.56 seunit pada tahun 2000. Namun jatuh kepada $0.26 seunit pada tahun seterusnya sehingga syarikat terpaksa ditutup akibat kebankrapan.

Walaupun tiada persamaan antara penipuan syarikat dan matawang yang tidak berpusat, namun Alwaleed yakin harga Bitcoin akan jatuh sama seperti saham Enron yang jatuh daripada $90 kepada kurang daripada $1 hanya dalam tempoh masa setahun sahaja.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat