Putin Bagi Amaran, Jangan Campur Tangan Dalam Perang Ukraine!

1,286

Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran kepada negara asing bahawa mereka akan menerima tindak balas ‘sepantas kilat’ sekiranya cuba campur tangan dalam perang Ukraine.

Bercakap pada mesyuarat di Saint Peterburg, Putin mengulangi bahawa semua matlamat operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine akan dilaksanakan.

Beliau berikrar untuk bertindak balas dengan pantas kepada ancaman yang tidak boleh diterima untuk Rusia.

Dengan merujuk kepada peluru berpandu balistik dan senjata nuklear miliknya, Putin mengatakan Rusia mempunyai semua alat yang tidak boleh dibanggakan oleh sesiapa pun, dan mereka akan menggunakannya jika perlu.

Sedia maklum bahawa negara-negara Barat telah meningkatkan bantuan bekalan senjata kepada Kyiv, dan Amerika Syarikat juga berjanji untuk memastikan Ukraine akan kalahkan Rusia.

Sementara itu dalam perkembangan lain Suruhanjaya Eropah telah menuduh Rusia memeras ugut blok itu selepas Moscow menghentikan eksport gas ke Poland dan Bulgaria pada Rabu.

Presiden Ursula von der Leyen mengatakan tindakan tersebut menunjukkan bahawa Rusia tidak boleh dipercayai sebagai pembekal.

Kremlin pula mengatakan Rusia terpaksa mengambil langkah tersebut kerana Eropah enggan membayar gas dalam rubel yang diarahkan oleh Putin sebelum ini dalam usaha untuk menyokong mata wang itu yang goyah akibat sekatan Barat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat