Putin Benarkan Syarikat Tenaga Rusia Tentukan Harga Minyak

278

Penyusutan dagangan komoditi hitam berterusan pada hari Selasa, terkesan oleh jangkaan bekalan minyak Rusia yang lebih tinggi.

Awal dagangan sesi Eropah memperlihatkan niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan susut pada sekitar harga $84 setong, manakala WTI Amerika Syarikat turun kepada $77 setong.

Kedua-dua penanda aras merosot sekitar 2% pada hari Isnin, dihimpit oleh kebimbangan terhadap lebihan bekalan dalam pasaran ekoran jangkaan terbaru mengenai minyak Rusia.

Muatan minyak dari pelabuhan Baltik Rusia diramalkan meningkat sebanyak 50% pada bulan ini berikutan penjualan cuba memenuhi permintaan kukuh di Asia.

Harga turut goyah susulan pengumuman pentadbiran Presiden Vladimir Putin yang membenarkan syarikat minyak Rusia menentukan sendiri harga jualan minyaknya.

Ini bermakna syarikat boleh menggunakan apa-apa sahaja ‘diskaun’ yang diperlukan untuk menjual minyak dalam pegangan mereka.

Rentetan daripada itu, dagangan minyak menjunam rendah dan gagal memanfaatkan berita positif dari penerbitan data ekonomi China.

Dalam pada itu, pelabur bersiap sedia untuk mesyuarat OPEC dan sekutunya termasuk Rusia atau lebih dikenali sebagai OPEC+ pada hari Rabu (1 Februari) yang dijangka akan mengekalkan dasar pengeluaran minyak semasa tidak berubah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat