Putin Mengamuk! Habis WhatsApp & Beberapa Aplikasi Lain Disaman

708

‘Habislah, Rusia dah mula tunjuk belang dia!’

Pengawal selia komunikasi Rusia, Roskomnadzor mendapati beberapa aplikasi termasuk WhatsApp, Snapchat dan beberapa aplikasi dari firma asing lain bertindak menyimpan data pengguna di luar Moscow.

Rentetan itu, Roskomnadzor memfailkan saman terhadap syarikat-syarikat tersebut di Mahkamah Daerah Tagansky Moscow.

Difahamkan bahawa aplikasi WhatsApp milik Meta Platform Inc disaman 18 juta rubel ($301,255), penambahan daripada saman 4 juta rubel ($64,000) sebelum ini pada Ogos lalu atas kesalahan yang sama.

Ia juga merupakan nilai saman tertinggi baharu yang difailkan Roskomnadzor selepas  Alphabet Inc Google pada 15 juta rubel bulan lepas.

Selain itu, aplikasi Tinder milik Match Group di saman 2 juta rubel, Snapchat milik Snap Inc dan Hotels.com kepunyaan Expedia Group Inc masing-masing dikenakan saman 1 juta rubel sementara Spotify pada 500,00 rubel.

Masing-masing menerima pertuduhan sama iaitu menyimpan data pengguna Rusia dalam pelayan di luar Moscow.

Sebagai maklum balas, Expedia Group menyatakan bahawa mereka akan meneliti tuduhan tersebut selain mengesahkan bahawa Hotel.com telah ditamatkan operasinya di Rusia pada 1 April lalu.

Syarikat-syarikat lain dilihat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap saman tersebut.

Suka diingatkan bahawa syarikat teknologi kini berada di bawah pemerhatian rapat kerajaan Vladimir Putin, lebih-lebih lagi selepas pencerobohan Rusia atas Ukraine.

Sebelum ini Facebook dan Instagram termasuk Twitter telah disekat aksesnya di Rusia rentetan daripada pertuduhan anti-Rusia selepas pencerobohan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat