Putin Pilih Sistem Pembayaran Global Melalui Teknologi Blockchain

220

Presiden di Rusia, Vladimir Putin menerangkan kelebihan pelaksanaan sistem pembayaran global berdasarkan teknologi blockchain semasa ucapan beliau di persidangan pembelajaran mesin dan AI antarabangsa Artificial Intelligence Journey 2022.

Oleh demikian, Presiden Putin telah melakukan rangka kerja secara teliti mengenai pembayaran global yang mampu wujudkan sistem lebih cekap serta efisien tanpa pihak ketiga.

Beliau turut menegaskan bahawa kebanyakan pihak mahupun kerajaan boleh menerima pelbagai manfaat melalui penggunaan teknologi blockchain secara global walaupun Rusia dikenakan sekatan kewangan oleh Amerika Syarikat (AS).

Sekatan tersebut difahamkan telah memberi impak besar kepada Rusia untuk membangun susulan negaranya tidak dibenarkan membuat pembayaran antarabangsa disebabkan konfliknya bersama Ukraine.

Ulas lebih lanjut daripada Presiden Putin, beliau akan menumpukan sepenuh perhatian tehadap perkembangan AI serta infrastruktur cloud, tetapi enggan menjelaskan lebih terperinci mengenai sistem pembayaran blockchain tersebut.

Hal ini kerana sistem berikut memerlukan nod yang dapat mengawal pengesahannya, tetapi jika kerajaan yang bertanggungjawab terhadap nod tersebut maka ia sama seperti pembayaran tradisonal kini.

Namun, tindak tanduk Presiden Putin hakikatnya meleset apabila beliau bukan sahaja masih berada dalam kumpulan “anti-crypto pro-blockchain” malah melarang rakyat membayar menggunakan kripto kerana dianggap melanggar kedaulatan negara.

Meskipun begitu, Rusia sudah mula menerima kripto secara perlahan dengan menjalankan penyelidikan terhadap penggunaan teknologi blockchain serta berkemungkinan besar akan melancarkan exchanger kripto nasional.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat