Putin Sudah Melampaui Batas! Johnson Selar Tindakan Rusia Dengan Umum Langkah Terbaru

2,145

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata pada hari Khamis bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin telah melampaui batas dalam pencerobohan ke atas Ukraine.

Komen dari Johnson ini dikeluarkan ketika U.K memilih untuk mengenakan lebih banyak sekatan ke atas sektor utama Rusia yang dikatakan memberikan sumbangan terhadap alat ketenteraan Rusia.

Bercakap kepada pemberita di sidang kemuncak NATO di Brussels pada hari Khamis, Johnson menyatakan Vladmir Putis telah melampaui batas dan pentadbiran UK memilih untuk mengenakan lebih banyak sekatan ke atas indsutri strategik, perbankan dan syarikat besar. Tambah beliau, lebih banyak sekatan adalah seabagai langkah untuk membantu Ukraine dengan harapan konflik dapat berakhir dengan lebih cepat.

Sidang kemuncak NATO yang dihadiri oleh kebanyakkan negara yang kemudian disusuli oleh mesyuarat pemimpin EU dan negara G-7 yang memasukkan konflik Rusia-Ukraine sebagai agenda utama.

UK telah mengumumkan 65 sekatan baharu Rusia pada pagi Khamis yang menyasarkan pelbagai industri strategik utama dan individu yang menyokong pencerobohan Rusia. Sekatan itu menyasarkan syarikat Kereta Api dan pertahanan Rusia Kronshtadt, yang menjadi pengeluar utama dron Rusia.

Enam lagi bank turut disasarkan, termasuk Alfa Bank. Beberapa ahli perniagaan terkaya turut menjadi mangsa sekatan. Berdasarkan kenyataan Jabatan Luar Negeri, U.K. kini telah menyekat lebih 1,000 individu dan perniagaan di bawah rejim sekatan Rusia sejak pencerobohan tersebut berlaku.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat