Qtum (QTUM) Sebuah Platform Yang Berpotensi Tinggi Dalam Pasaran Kripto!

204

Qtum sebuah platform blockchain bersifat sumber terbuka yang berasaskan proof-of-stake (PoS) dan protokol pemindahan nilai. Ia bertujuan untuk menyatukan kekuatan Bitcoin dan Ethereum dalam satu rantaian.

Qtum dibina pada model transaksi UTXO (Unspent Transaction Output) Bitcoin, dengan fungsi tambahan kontrak pintar, DApps dan aplikasi DeFI yang dilancarkan pada 2017 oleh Patrick Dai.

Menariknya, Qtum memperkenalkan servis array yang direka untuk menghubungkan jarak yang masih wujud diantara blockhain dan dunia bisnes. Ini termasuklah alatan juga cara untuk memudahkan jalan kerja pembangunan bisnes kontrak pintar, serta pengujian dan pengesahan kontrak pintar.

Dapat diteliti pada carta QTUM/USDT, pergerakan harga QTUM telah mempamerkan lonjakan lebih 1,500% bermula daripada pembukaan pasaran Januari sehingga 7 Mei 2021 dengan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) diparas harga $35.70.

Namun selepas sahaja mencatatkan paras ATH tersebut, harga QTUM menjunam lebih 70% sehingga mencatatkan penyusutan ke paras sokongan sekitar $7.0 seiring dengan kejatuhan Bitcoin (BTC).

Bermula pasaran Jun, pergerakan harga QTUM menyaksikan pergerakan harga yang lemah selepas menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $12, ia gagal meneruskan kenaikan sehingga kembali membuat penyusutan diparas sokongan sekitar $7.0.

Jika pergerakan harga berjaya kembali menyaksikan rentak kenaikan, paras SBR (support become resistance) sekitar harga $12 bakal menjadi tumpuan utama untuk diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Sekiranya pergerakan harga masih disokong dengan trend bearish, pergerakan harga dijangka bakal meneruskan penurunan sehingga menguji paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, QTUM/USDT didagangkan pada $7.0 susut lebih 6% dalam tempoh 24 jam. Koin kini berada di kedudukan ke-88 pada carta kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto QTUM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat