Rabobank: Sebab The Fed Tidak Akan Menaikkan Kadar Minggu Depan

62

Perkembangan terbaru oleh pihak The Fed menunjukkan kenaikan kadar agak pasti akan berlaku pada 15 Mac ini selepas beberapa ahli The Fed membuat komen ‘hawkish‘ sepanjang minggu lepas. Tetapi Rabobank menyatakan ada dua faktor yang akan menghalang kenaikan kadar tersebut.

Walaupun Rabobank meramalkan kenaikan kadar tersebut minggu depan, tetapi mereka memberi amaran bahawa data pekerjaan Jumaat ini boleh menghentikan hasrat The Fed kepada pengurangan polisi akomodatif.

Penganalisis di Rabobank berkata, “Ingat lagi Jun2016, pasaran telah bersedia dengan kenaikan kadar oleh The Fed, tetapi disebabkan data pekerjaan yang tidak baik telah mengubah hasrat untuk The Fed menaikkan kadar”.

Tidak seperti penganalisis dari Barclays, Deutsche Bank, atau UBS yang kesemuanya telah menaikkan jangkaan mereka kepada tiga kenaikan kadar tahun ini dari dua kenaikan sebelum ini. Rabobank hanya menjangkakan satu kenaikan sahaja tahun ini.

Penganalisis di Rabobank berpendapat The Fed akan menunggu sehingga mereka dapat melihat lebih jelas perancangan polisi fiskal Trump, bagi mengurnagkan polisi akomodatif semasa, tetapi mereka juga mengakui bahawa komen terbaru dari The Fed juga telah mengubah pendirian mereka.

“Kami masih memerlukan isyarat yang lebih jelas tentang apa yang berlaku kepada FOMC sebelum membuat perubahan kepada ramalan kami.” Kata penganalisis itu.

Jika dilihat kepada potensi kenaikan kadar oleh The Fed yang juga boleh dilihat di Investing.com, kebarangkalian kenaikan kadar minggu depan kini berada di sekitar 80% serta potensi tiga kali kenaikan kini sebanyak 54%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat