Raja Buah Ingin Tembusi Bursa Malaysia! DSR Taiko Pasang Hajat

372

‘Menarik jugak ni, tapi saham dia mesti berbuah masa musim durian je.’

DSR Taiko Bhd, sebuah syarikat pemborong durian, merancang untuk penyenaraian melalui pengenalan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia.

Berbekalkan modal terbitan sebanyak 312.94 juta saham pada 30 sen setiap satu, mereka merancang untuk meneroka pasaran ekuiti pada masa hadapan bagi pengumpulan dana.

Difahamkan, berdasarkan tarikh praktik terkini (LPD) 29 April 2022, DSR Taiko memiliki terbitan sebanyak RM49.46 juta daripada 312.94 juta saham.

Mengikut pengiraan penyenaraian sebanyak 30 sen sesaham, permodalan pasaran DSR Taiko boleh mencecah RM93.88 juta andai penyenaraian pada 27 Jun 2022 seperti yang dijadualkan menerima kelulusan oleh Bursa.

Menurut pemfailannya kepada Bursa, hasil sebanyak RM25.75 juta yang diperolehi daripada terbitan 85.84 juta saham pada harga 30 sen kepada 54 pelabur pra-penyenaraian telah digunakan sebahagiannya seperti di LPD.

Terangnya dalam pemfailan tersebut, antara pelabur pra-penyenaraian adalah pengasas bersama DSR Taiko Datuk Ng Lian Poh dan Ng Soh Kian serta isteri Datin Lee Ah Noi yang mengambil 3.5 juta saham (1.12%), adik kepada Lian Poh iaitu Ng Lee Peng (0.27%), kakak Soh Kian iaitu Ng Sok Leng (0.32%) dan abang ipar Soh Kian, Tee Pee Hoe (0.64%).

Dalam pada itu, bagi tahun kewangan DSR Taiko yang berakhir 30 Jun 2020 (FY20) mencatatkan kerugian selepas cukai (LAT) sebanyak RM169,000 pada hasil sebanyak RM303,000.

Bagi FY21 pula, LAT berkembang pada RM473,000 sungguhpun hasil melonjak pada RM1.17 juta.

Pada sisi berbeza, sumber pandapatan utama DSR Taiko diperolehi daripada penjualan durian segar yang dibeli dari pembekalnya serta produk runcit yang dijual.

DSR Taiko juga dipercayai merancang untuk mengembangkan ladang durian mereka selain menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), mengkormesialkan produk berasaskan durian dan memperkenalkan penyelesaian Internet of Things (IoT) dalam operasinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat