Raja USD Melemah, Mata wang Lain Pula Melonjak!

1,658

Raja mata wang US dolar kekal melemah selepas merosot ke paras terendah dua minggu walaupun masih terdapat risiko berlegar dalam pasaran yang mengheret saham Wall Street ke lautan merah.

Pasaran saham terus di bawah tekanan, meskipun penurunan yang dicatatkan terhad dengan menyaksikan indeks Dow Jones terus susut selepas mengalami kerugian terbesarnya sejak 2020 pada Rabu.

Antara mata wang yang mendapat manfaat daripada penyusutan US dolar adalah euro yang juga disokong oleh jangkaan untuk kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah (ECB) tidak lama lagi.

Sementara dagangan pound pula menokok ke paras tertinggi dua minggu meskipun terdapat ancaman baharu daripada ketegangan Brexit, di mana Kesatuan Eropah (EU) dan Britain masih tidak mencapai kesepakatan dalam isu protokol Ireland Utara.

Dalam pada itu, tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan data jualan runcit UK pada pembukaan sesi Eropah.

Mata wang antipodean, dolar Aussie antara yang mempamerkan prestasi terbaiknya pada sesi sebelum ini selepas disokong oleh bacaan data pekerjaan yang memberangsangkan seterusnya membuka jalan buat bank pusat meneruskan kenaikan kadar faedah.

Selain itu, mata wang safe-haven yen didagangkan sedikit menyusut berbanding US dolar, gagal mengekalkan sebahagian keuntungan yang dicatatkan pada Khamis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat