Rakyat Taiwan Bakal Hadapi Risiko Jika Melawat Hong Kong!

341

Taiwan telah mengemukakan amaran kepada rakyatnya berkenaan risiko mengunjungi Hong Kong setelah parlimen China meluluskan undang-undang keselamatan nasional untuk bandar itu. Sementara itu, presiden Taiwan telah menzahirkan kekecewaan terhadap penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Untuk pengetahuan semua, undang-undang keselamatan yang dikenakan ke atas Hong Kong itu bertujuan untuk menetapkan tahap perubahan paling radikal terhadap cara hidup bekas jajahan Britain sejak ia kembali berada di bawah pemerintahan China 23 tahun yang lalu.

Menurut kabinet Taiwan, undang-undang baru itu akan menjejaskan kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia di Hong Kong. Oleh yang demikian, pulau demokratik itu akan terus memberikan bantuan kepada rakyat Hong Kong.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa di Beijing dan Hong Kong berulang kali mengatakan undang-undang tersebut dikuatkuasakan untuk beberapa “troublemakers” di Hong Kong dan tidak akan mempengaruhi hak dan kebebasan atau kepentingan pelabur.

Selama beberapa bulan protes anti-pemerintah, pro-demokrasi di Hong Kong berlaku pada tahun lalu. Seterusnya, ianya telah berjaya meraih simpati yang meluas di Taiwan hinggakan kepulauan tersebut sudi untuk menyambut baik kedatangan rakyat Hong Kong ke negara mereka.

Tambahan daripada itu, Presiden Tsai Ing-wen telah menjadi pemimpin pemerintah pertama yang berjanji untuk membantu rakyat Hong Kong untuk berhijrah dan keluar dari wilayah berkenaan. Oleh yang demikian, Taiwan akan melancarkan pejabat khas esok untuk membantu mereka melarikan diri dari Hong Kong.

Namun, Beijing berkeras menafikan hak kebebasan Hong Kong dan mengecam tawaran Tsai kepada rakyat Hong Kong.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat