Rakyat UK Semakin Gusar! – Bilangan Pekerjaan Sektor Runcit Catat Kemerosotan Sejak Krisis Kewangan!

353

Sektor runcit UK telah mengurangkan pekerjaan paling banyak sejak krisis kewangan dan dijangkakan kadar kerugian bagi sektor tersebut akan meningkat sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh badan Gabungan Industri Britain (CBI). Tambah mereka, dalam masa yang sama terdapat tanda-tanda amaran kenaikan kadar pengangguran.

Data pada hari Selasa menunjukkan terdapat kejatuhan yang dijangka dalam penjualan pada bulan ini walaupun permintaan oleh pengguna mencatat peningkatan.

Ahli ekonomi CBI berpendpat bahawa keadaan perdagangan bagi sektor runcit masih dalam situasi yang sukar. Dalam masa yang sama, firma dan syarikat turut memberi perhatian pada penurunan pendapatan isi rumah dan risiko perlaksanaan kawalan pergerakan pada masa akan datang.

Angka yang dikeluarkan oleh CBI menunjukkan angka pekerjaan telah merosot kepada tahap terendah sejak Februari 2009 pada bulan Ogos. Dijangka kejatuhan yang lebih besar dijangka akhir tahun ini.

Pakar ekonomi berpendapat bahawa tinjauan CBI pada bulan Ogos yang lebih lemah daripada jangkaan adalah ibarat peringatan bahawa terdapat ketidakpastian tentang perilaku pengguna dalam membelanjakan pendapatan mereka.

Laporan CBI adalah berdasarkan tinjauan terhadap 63 sektor runcit yang ditinjau antara Julai 28 sehingga Ogos 14.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat