Ramai Pengkritik Berkempen Supaya Mark Carney Letak Jawatan!

47

Financial Times melaporkan pada Ahad bahawa Gabenor Mark Carney bersedia untuk memegang jawatan Gabenor untuk tempoh penuh selama 8 tahun walaupun pengkritik berkempen agar beliau meletakkan jawatan.

Carney yang menggalas jawatan gabenor semenjak tahun 2012 dikatakan cenderung untuk membantu dalam mengemudi ekonomi UK selepas kerajaan mencetuskan Artikel 50 untuk keluar dari Kesatuan Eropah.

Menurut akhbar tersebut lagi, Perdana Menteri Theresa May dan Menteri Kewangan Philips Hammond yakin bahawa Carney akan menyambung lagi perkhidmatannya sebagai gabenor sehingga tahun 2021.

Sebaliknya, media British melaporkan pada hujung minggu ini bahawa beliau tidak mungkin akan melanjutkan tempoh menjadi gabenor selepas tamat perkhidmatan selama 8 tahun.

The Sunday Times juga melaporkan bahawa Carney tidak begitu gembira dengan kabinet May dan menyifatkan lebih rapat dengan George Osborne, bekas Menteri Kewangan sebelum tempat tersebut diganti oleh Hammond.

Pun begitu, Carney akan berunding dengan Hammond dan May dahulu sebelum membuat keputusan.

Dalam pada itu, Carney juga dikatakan bercakap pada umum bahawa beliau masih belum membuat keputusan untuk terus memegang jawatan gabenor untuk tempoh 5 tahun lagi atau tidak. Beliau telah menyertai Bank of England sejak Julai 2013 dan dijangka akan akan mengadakan sidang media suku tahunan minggu ini.

Minggu lepas, Carney berkata bahawa keputusan akan dibuat berdasarkan pertimbangan peribadinya dan bukan kerana kepentingan politik.

Sebuah Lagi Bank Dikaitkan Dengan Isu Penyelewengan 1MDB!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat