Ramai ‘Terciduk’ Dekat EUR/JPY Sebab Situasi Pelik Ini!

320

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY, harga telah bergerak mendatar sejak minggu lalu hingga bersambung pada minggu ini.

Pergerakan sideway harga ‘terkurung’ dalam julat zon antara ketinggian 142.300 dan 140.500.

Akhirnya harga berjaya lolos keluar dari zon tersebut ketika penurunan ketara berlaku semalam menyaksikan mata wang Euro menyusut selepas keputusan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB).

Namun apa yang mengejutkan, situasi tersebut adalah berbeza dengan jangkaan ekoran Euro yang menyusut ketika kenaikan kadar faedah dinaikkan kepada 50 mata asas ke paras 3.00%.

Malah, ECB juga telah mengesahkan 50 mata asas lagi kenaikan akan dilaksanakan pada mesyuarat Mac nanti.

Ironinya, Yen pula yang lebih mengukuh berbanding Euro ketika bank pusat Jepun masih memberi isyarat untuk mengekalkan dasar monetari yang longgar.

Penurunan harga pada carta EUR/JPY yang bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat) dilihat berlegar di sekitar paras 140.00 di sesi Eropah.

Pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY tersebut yang memberi petunjuk bearish akan menjangkakan penurunan lanjut harga untuk menuju ke paras sokongan sebelum ini sekitar 138.00.

Namun jika harga berjaya membuat lonjakan semula, harga akan kembali memasuki zon sideway sebelum ini dengan rintangan pada ketinggian 142.300 perlu diuji untuk ditembusi.

Meneruskan kenaikan lebih tinggi akan mendorong harga menuju pula ke zon tumpuan seterusnya pada 142.800 untuk mencapai semula ketinggian yang disentuh pada dagangan 3 minggu yang lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat