Ramai Tertanya-tanya Sebab Pengukuhan YEN? Ini Sebab GBP/JPY Menjunam

1,705

Terdapat ura-ura yang mengatakan tahun ini adalah tahun kebangkitan Yen dan komen ini dikeluarkan sendiri daripada bank terkemuka dunia BNP Paribas dan Morgan Stanley.

Jelas kita lihat hari ini matawang Yen menguat begitu banyak. Pair matawang Yen seperti USD/JPY, GBP/JPY, EUR/JPY, CAD/JPY, AUD/JPY, NZD/JPY dan CHF/JPY semuanya menunjukkan pengukuhan Yen.

Pair USD/JPY, EUR/JPY dan GBP/JPY masing-masing jatuh 60, 90 dan 180 pip dari paras tertinggi hari ini akibat daripada tindakan Bank of Japan (BoJ) mengurangkan pembelian bon jangka panjang pada Rabu.

Bagi pair GBP/JPY, apa yang menambah tekanan kepada pasangan matawang ini adalah sentimen terkini yang negatif terhadap GBP yang berkaitan dengan perkembangan terkini Brexit. Terdapat ketidaktentuan (uncertainty) yang menyelubungi rundingan Brexit pusingan kedua.

Menurut penganalisis di BNP Paribas, ” Yen boleh menjadi matawang terkuat di kalangan negara G-10. BoJ masih dovish buat masa ini, tetapi berkemungkinan perubahan polisi selepas ini adalah lebih hawkish.”

Yen membuat lonjakan sejak sesi Asia pada Rabu, apabila BoJ mengurangkan amaun pembelian bon mereka. Pengurangan ini dilihat oleh pasaran sebagai satu bentuk pengetatan polisi sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa bank pusat ke arah menamatkan pelonggaran kuantitatif dan kualitatif (QQE) mereka.

Walaupun dengan pengurangan pembelian itu, BoJ menyatakan ia bukanlah isyarat yang menentukan polisi monetari di masa hadapan.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat