Ramainya Rakyat AS Berhenti Kerja! Tak Bagi Kesan Pada Data NFP Ke?

493

Amerika Syarikat mungkin melihat penularan semasa Covid-19 tidak membawa apa-apa ancaman kepada ekonomi, tetapi pertumbuhan dalam pasaran buruh pula sebaliknya.

Ini dipaparkan dalam data terbaharu bahawa lebih ramai rakyat Amerika telah meninggalkan pekerjaan mereka dan berlaku kelembapan dalam pengambilan pekerja sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut data pengambilan pekerja yang dilakukan oleh business payroll managers Homebase dan UKG menunjukkan pekerjaan menurun pada bulan Disember, seiring dengan penularan semasa Covid-19 yang disebabkan varian Omicron.

Data daripada kedua-dua firma juga menunjukkan penurunan bermusim yang lebih besar tahun ini berbanding pada 2020.

Pada masa yang sama, data terbaru daripada kerajaan menunjukkan sebanyak 4.5 juta pekerja AS berhenti secara sukarela pada bulan November, terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah dan sektor perkhidmatan barisan hadapan.

Dengan permintaan pekerja yang tinggi, penganalisis mengatakan ia boleh membawa lebih banyak tekanan kepada syarikat untuk menaikkan gaji dan memberi kesukaran buat Federal Reserve (Fed) untuk mencapai tahap pekerjaan maksimum.

Pembacaan data ini mungkin akan menjadi petunjuk kepada laporan pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada hari Jumaat nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat