Ramalan Harga Emas XAU/USD: $2,300 Harga Tumpuan

1,003

[Artikel Tajaan]

Tekanan yang dialami oleh Dolar Amerika sejak sesi New York semalam mampu memperlahankan harga emas untuk turun lebih rendah.

Para pelabur pada masa kini tertumpu sepenuhnya terhadap laporan data PCE Inflasi Amerika esok di mana ia dijangka mampu memberikan harga “support” yang jelas terhadap pasaran emas.

Walau bagaimanapun, tumpuan data pada malam ini iaitu GDP Amerika dan Durable Goods Order akan memberikan petanda baharu terhadap situasi terkini keadaan ekonomi negara itu justeru ia dilihat mampu memberikan petunjuk terhadap “timing” pelaksanaan pengurangan kadar faedah Amerika dan seharusnya memberikan impak terhadap pasaran emas.

Pemain pasaran menjangkakan sebanyak 62% pengurangan kadar faedah bakal dilaksanakan pada September 2024.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, harga emas dilihat berisiko untuk turun ke paras lebih rendah. Oleh itu sebarang kenaikan harga emas pada hari ini dilihat sebagai “retracement” bersifat sementara.

Jika harga emas terus ditekan lebih rendah, paras harga $2,283 bakal menjadi tumpuan.

Sekiranya paras tersebut berjaya dipertahankan, harga emas mampu diniagakan tinggi sehingga ke paras $2,325.

Namun sebaliknya, jika paras $2,283 berjaya dipecahkan, $2,250 dilhat bakal menjadi matlamat utama pelabur emas. Walau bagaimanapun paras harga $2,300 kekal menjadi tumpuan.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat