Ramalan Harga Emas: XAU/USD & Ulasan CPI

4,205

Kenaikan harga minyak yang telah berlaku sejak September dijangka memberikan kesan terhadap nilai inflasi Amerika.

Jangkaan awal laporan forecast indeks harga pengguna (CPI) di Amerika menunjukkan jangkaan “penurunan” terhadap nilai inflasi.

Lihat di bawah untuk jangkaan awal laporan data indeks harga pengguna yang telah dikeluarkan oleh penganalisa pasaran ekonomi dunia.

Consumer price index Sebelum Jangkaan
CPI, excl. food & energy (MoM) 0.3% 0.3%
CPI (YoY) 3.7% 3.6%
Core CPI (YoY) 4.3% 4.1%

Kami di SARACEN MARKETS melihat kenaikan harga minyak dunia yang telah berterusan sejak awal September mampu memberikan impak terhadap peningkatan kadar inflasi di Amerika.

Minit mesyuarat FOMC yang telah diterbitkan awal pagi tadi dilihat gagal memberikan kesan perubahan terhadap sentimen pasaran.

Laporan menyatakan ahli komiti FOMC berpendapat untuk mengekalkan kadar faedah yang sedia ada untuk tempoh yang lebih lama.

Namun begitu data awal projeksi “FED FUND RATE” telah menunjukkan  sebanyak 5.6% bagi tahun 2023 sekaligus memberikan petunjuk bahawa keberangkalian untuk kenaikan kadar faedah bagi tahun 2023 kekal terbuka.

Laporan Producer Price Index (PPI) September

PPI dilihat meningkat sebanyak 2.2% secara tahunan menjadikan kenaikan sebanyak 2% pada September berbanding 1.6% bagi Ogos 2023. Indeks harga pengeluar ini telah meningkat disebabkan kenaikan harga minyak yang telah berlaku sepanjang September.

Oleh yang sedemikian, kami menjangkakan laporan data CPI pada malam ini akan melihat kenaikan bacaan inflasi pada keluaran data September.

Berdasarkan trend dan komponen indeks harga pengguna di Amerika, berlakunya risiko kenaikan sejak pengeluaran data pekerjaan NFP awal bulan ini, di mana kenaikan secara mendadak peluang pekerjaan dan pengekalan tangga pendapatan mampu mendorong pengguna di negara itu untuk berbelanja secara lebihan.

Namun begitu, kadar kenaikan faedah pada September masih kekal pada paras 5.50%. Hal ini mampu mengekang pengguna di negara itu untuk melakukan lebihan perbelanjaan.

Selain itu juga bacaan inflasi bagi komponen “Shelter Inflation” (indeks harga sewa rumah, bil utiliti) dilihat terus menurun dan mampu memberikan unjuran terhadap penurunan inflasi di negara itu.

Apa yang pasti, keluaran laporan data CPI malam ini dilihat dapat memberikan petunjuk jelas terhadap tindakan FED selanjutnya samaada mengekalkan kadar faedah sedia ada (5.5%) atau menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25bps (5.75%) pada mesyuarat FOMC November 2023 nanti.

Emas vs Dollar

XAU/USD dilihat telah mengalami lonjakan harga sejak pengumuman laporan data NFP minggu lalu.

Sentimen geopolitik Israel-Gaza telah memberikan lonjakan terhadap harga emas sepanjang minggu ini. Namun begitu tumpuan pasaran emas kini dilihat terhadap laporan data CPI malam ini.

Oleh itu, emas dilihat mampu untuk capai ke paras $1,890 dan melakukan penurunan sekurang-kurangnya ke paras harga $1,860. Akan tetapi senario ini akan terbatal sekiranya paras $1,890 berjaya dipecahkan sekaligus menuju ke paras $1,906.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat