Ramalan Keuntungan Merosot, Saham Overstock Menjunam Lebih 25%

225

Saham Overstock.com menjunam lebih 25 peratus semalam apabila Ketua Pegawai Kewangan syarikat itu dikhabarkan bakal meninggalkan posisinya. Overstock juga menzahirkan rasa bimbang apabila pendapatan tahunannya dijangka gagal melepasi sasaran awal ekoran kesan kenaikan tarif import.

Greg Iverson yang meletak jawatan berkuatkuasa mulai 17 September bakal digantikan oleh bekas ahli pengurusan di Overstock, Robert Hughes namun beliau hanya menggantikan posisi itu buat sementara waktu sebelum syarikat dapat mencari pengganti yang lebih layak.

Overstock mengunjurkan perniagaan runcitnya dapat menjana sebanyak $17.5 juta dalam untung kasar dalam tahun 2019. Firma itu berkata dalam satu sidang akhbar semalam bahawa ketika ini perniagaannya berada pada tahap sederhana, dan anggaran sepenuhnya bergantung kepada bagaimana syarikat dapat menjana pendapatan yang positif.

Peningkatan kos yang berpunca daripada kenaikan tarif merupakan alasan utama yang digunakan oleh Overstock apabila pendapatan bagi syarikat itu dilaporkan rendah. Tambahnya lagi, keyakinan pengguna terhadap barangan mereka juga semakin berkurangan dan inisiatif trafik carian juga mengambil masa lebih lama dari yang diharapkan.

Presiden Overstock, Dave Nielsen berkata di sebalik situasi yang berlaku ini, mereka yakin tentang strategi runcit mereka. Syarikat runcit itu melihat penunjuk utama yang positif termasuklah trafik secara semulajadi yang semakin meningkat dan percaya bakal membawa kepada pertumbuhan yang menguntungkan dan kukuh untuk bisnes mereka melalui inisiatif “MarTech” dan “Supply Chain”.

Saham Overstock dilihat mula mengalami penurunan bermula awal minggu lalu dan kini berada pada paras $11.19, turun $3.78 atau 25.25 peratus hanya dalam masa satu hari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat