Ramalan NFP dari segi Fundamental oleh MoshedFX -7 Nov 2014

143

analisa-nfp-forex

Mari membuat ramalan dari analisa fundamental. Jangan trade berdasarkan ramalan sahaja tanpa analisa.

Matawang US Dollar semalam melonjak ke paras tertinggi 88.23 sejak 5 tahun setengah selepas unemployment data dan ADP jobs data lebih bagus dari jangkaan. Sekarang trader menunggu untuk news Nonfarm Payrolls malam ini (9.30pm) waktu Malaysia. Untuk October punya data menunjukkan data yang bagus dan kekuatan ekonomi US makin menjadi-jadi tambahan data semalam iaitu Unemployment Claim menunjukkan sudah kurang rakyat US yang apply permohonan insurans dan benefit untuk yang tidak bekerja. Ini dianggap data awal kiranya. Jika kurang apply insuran yang diberi kepada jobless, jadi jobless secara teorinya akan kurang lah dan akan beri lebih kekuatan untuk USD.

Secara teori dan praktikalnya menunjukkan “akan ada” peningkatan untuk data NFP malam ini. Kecuali  jika jobless(yang tidak bekerja) ramai, tetapi tak apply benefit tu, maka data unemployment rate malam ini akan ditunjukkan sebaliknya. Ada kecuali tu, jangan lupa pula, jadi perlu juga bejaga-jaga juga. Hehe 😀

Us dollar sekarang juga sangat kuat berbanding matawang lain yang tengah menjunam macam Yen Jepun. Yen kekal melemah kesan daripada stimulus pakej dari BOJ. Pada masa yang sama US stock melonjak-lonjak macam S&P500 dan Dow Jones mencatat nilai tertinggi pada semalam.

Euro jatuh lagi bawah 1.24 setelah ECB meeting, sebab ECB bagi signal sambil menjeling-jeling bagi hint yang mungkin ambil pelonggaran ekonomi jika Euro makin jatuh teruk. Macam dah dijangka dari analisa fundamental yang saya ulas tempoh hari bagi Euro, Mario Draghi sudah tidak menjadi Super Mario apabila beliau kekalkan interest rate tidak berubah dan cadangkan ambil lebih stimulus pada December nanti.

Apa-apa pun harap spekulator yang mengarut tidak bersiar-siar agar kita boleh shopping sakan pada hujung minggu ini. Jika rasa berguna sila share dengan klik button Facebook bawah tu. Jangan lupa 9.30 PM malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat