Rancangan CEO Baharu FTX Punca Token FTT Lonjak 33%!

100

“Baguslah ada perkembangan daripada duduk diam je tak buat apa-apa”.

Kejatuhan bukanlah selama-lamanya apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu FTX iaitu John J. Ray lll berjaya lonjakkan mata wang kripto FTX (FTT) selepas merancang untuk bangunkan semula syarikat itu.

Harga FTT didapati mencanak melebihi 73% menembusi paras $2.60 dalam tempoh tujuh hari lalu selepas susut secara berterusan.

Hal ini berikutan kerana Ray menstruktur semula empayar perniagaan FTX dengan mengumpulkan pasukan petugas untuk melancarkan FTX.com.

Pun begitu, harga FTT memberi reaksi positif disebabkan pembelian oleh pelabur spekulator berbanding pelabur jangka panjang yang mula hilang kepercayaan terhadap FTX sejurus selepas syarikatnya memfailkan bankrap di Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, FTT adalah sama seperti kripto lain yang ingin mengembangkan urus niaga ke bursa dengan memberi diskaun kepada para pemegangnya, namun malangnya aset digital itu juga merupakan antara sebab kejatuhan FTX tercetus.

Diperjelaskan lagi, FTT bukan sahaja terdiri daripada kunci kira-kira FTX malah Alameda Research telah menggunakan aset digital tersebut sebagai cagaran untuk memperoleh akses kepada modal melalui kedua-dua pemberi pinjaman kripto.

Sehingga kini, FTX mencapai kedudukan sebagai kripto terbesar ke-208 dan menyaksikan peningkatan hampir 28% dalam tempoh 24 jam lalu dengan had pasaran $769 juta, tetapi susut sedikit pada zon $2.12.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat