Rancangan Trump Akan Keruhkan Lagi Keadaan, Palestin Takkan Merdeka!

536

Pegawai Palestin telah menafikan rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk Timur Tengah sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah Palestin. Hal ini berikutan oleh pertemuan presiden berkenaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan saingan pilihanrayanya, Benny Gantz di Washington berkaitan dengan tawarannya yang sudah lama tertunda serta dirahsiakan.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menolak dan menyeru agar komuniti antarabangsa tidak menyokong usaha berkenaan kerana ianya bertentangan dengan asas undang-undang antarabangsa dan hak-hak Palestin. Selain itu, ianya bukanlah sebuah perancangan untuk menyelesaikan masalah negara berkenaan sebaliknya mempunyai agenda tersembunyi.

Tambahan daripada itu, negara Palestin menyifatkan rancangan tersebut akan memusnahkan harapan mereka untuk memiliki sebuah negara yang merdeka. Seterusnya, para pemimpin Palestin mengatakan bahawa mereka tidak diundang ke Washington dan rancangan tersebut tidak melibatkan mereka.

Seterusnya, Shtayyeh mengatakan bahawa Trump dan Netanyahu menggunakan cadangan tersebut untuk mengaburi mata dunia berkenaan isu yang melibatkan kedua-dua pemimpin tersebut. Trump telah diberkas di Dewan Perwakilan pada bulan lalu gara-gara tuduhan penyalahgunaan kuasa manakala Netanyahu berhadapan dengan tuduhan rasuah dan pilihan raya pada 2 Mac. Namun begitu, mereka berdua mengaku tidak bersalah.

Dalam sebuah mesyuarat, perdana menteri Palestin sekali lagi menegaskan bahawa rancangan itu adalah untuk melindungi kedua-dua pemimpin berkenaan dan bukanlah rancangan perdamaian.

Selain itu, sumber-sumber Palestin dan Arab telah diberi penerangan berkaitan rancangan tersebut supaya dapat memujuk rakyat Palestin untuk menerima pendudukan Israel dan dalam masa yang sama memberikan kuasa kepada Israel di hampir keseluruhan Tebing Barat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat