Rang Undang-Undang Brexit Boris Johnson Akan Diketengahkan Dalam Parlimen UK!

469

Perdana Menteri UK Boris Johnson akan mula mengorak langkah pertamanya selepas kemenangan majoriti baru-baru ini dengan meletakkan rang undang-undang Brexit dalam undian baru di Dewan Rakyat.

Sebelum ini ahli parlimen telah bersetuju dengan rang undang-undang secara prinsipnya pada bulan Oktober namun menolak kerana tempoh singkat yang diberikan untuk menilainya dan akhirnya menatijahkan kepada pilihan raya umum minggu lalu. Melalui pilihan raya umum, Johnson telah memenangi 80 kerusi majoriti.

“Bacaan kedua” rang undang-undang pada hari Jumaat akan diikuti oleh undian pada hari Sabtu waktu Malaysia dan kemudian dilanjutkan dengan perdebatan lanjut pada awal tahun hadapan. Jika undang-undang ini diluluskan, bermakna U.K akan meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Januari selepas 3 tahun setengah referendum 2016.

Perubahan rang undang-undang tersebut dari bulan Oktober tersebut telah menimbulkan pelbagai kontroversi oleh banyak pihak. Rang undang-undang baru itu akan mengharamkan lanjutan tarikh peralihan UK yang ditetapkan untuk dijalankan sehingga 31 Disember, 2020. Hal ini telah meningkatkan kemungkinan bahawa UK berundur daripada EU dengan ketiadaan perjanjian oleh Brexit.

Matawang sterling telah didagangkan lemah sejak kemungkinan “no deal” semakin meningkat. Matawang pound didagangkan pada paras 1.3019 berbanding US dolar selepas didagangkan pada paras $1.35 susulan keputusan pilihan raya dikeluarkan. Matawang pound telah mengukuh sebanyak 2% sejak permulaan tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat