Rang Undang-Undang Cukai AS Akan Diundi Semula Pada Rabu

51

Rang undang-undang percukaian AS dijangka akan mendapat kelulusan terakhir pada Rabu selepas mendapat kelulusan di House dan Senat. Kini rang undang-undang itu akan dibawa semula ke House of Representative untuk diundi buat kali terakhir.

Ketidaktentuan cukai ini telah banyak menekan US dolar sejak awal tahun 2017 selepas Trump beberapa kali gagal mendapat sokongan perubahan dasar di Kongres. Sejak beberapa bulan ini, ketidaktentuan cukai telah beberapa kali memberi impak kepada volatility (turun-naik) US dolar.

Senat AS meluluskan rang undang-undang ini pada Rabu dengan undian 51-48, tetapi perlu menghantarnya semula ke House untuk diundi sekali lagi. Ia dijangka akan diluluskan di House pada Khamis.

Pemotongan cukai korporat daripada 35% kepada 21% sudah tentu menggembirakan syarikat-syarikat korporat di Amerika Syarikat. Ini adalah perkara yang dicadangkan oleh perniagaan sekian lama dan akhirnya Presiden Trump yang juga seorang ahli perniagaan menurunkan kadar cukai tersebut.

Keseluruhan ahli Demokrat di Kongres mengundi ‘tidak’ dalam pemotongan cukai ini atas alasan ia hanya memanfaatkan golongan kaya yang akan meluaskan lagi jurang perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin. Namun dengan majoriti dipegang oleh Republikan, Demokrat tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang reformasi cukai itu. Selain itu, Demokrat menegaskan pemotongan cukai akan menambah US$1.5 trillion hutang negara kepada US$20 trillion dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat