Rangka Dasar Stablecoin Dan CBDC Menjadi Fokus UK

107

United Kingdom (UK) dalam satu kenyataan mendedahkan sedang merangka dasar untuk private stablecoin termasuk melakukan kajian terhadap matawang digital bank pusat (CBDC) sebagai alternatif kepada tunai.

Perkara itu diumumkan oleh Rishi Sunak, Menteri Kewangan UK semalam dengan mengemukakan cadangan untuk menfokuskan kepada pengawalseliaan akan datang bersama matlamat lain dalam industri perkhidmatan kewangan negara termasuk mengkaji semula rejim penyenaraian UK serta sokongan terhadap aliran kewangan.

Walaupun perincian dasar itu minimum, pengumuman tersebut ada menegaskan bahawa rangka garis panduan menuntut inisiatif stablecoin mematuhi standard minimum, sama seperti operasi entiti melalui keadah pembayaran lain.

Sunak juga teruja dengan kerjasama antara bank pusat England dan perbendaharaan dalam mengkaji CBDC terutama isu melibatkan pengeluaran matawang digital sebagai pelengkap tunai.

Sedia maklum, sejak Facebook mengumumkan rancangan mereka untuk melancarkan matawang digital, Libra pada 2019, dasar implikasi stable tokens telah menjadi topik utama kalangan industri kewangan.

Sejak daripada itu, penggubal undang-undang Eropah memantau pengembangan garis panduan peraturan yang ketat dan jelas sebelum membenarkan private stablecoin bertapak dalam bidang kuasa mereka ekoran daripada kebimbangan terhadap kedaulatan monetari dan perlindungan pengguna yang meningkat.

Sunak bagaimanapun telah mengambil langkah awal, membuat penilaian tinggi terhadap pembangunan sektor stablecoin, termasuk memberi perhatian ke atas inisiatif stablecoin yang akan berhadapan dengan pengawasan yang sama seperti firma pembayaran sedia.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat