Rangkaian NFT Efinity Pemenang Ke-6 Untuk Slot Parachain Di Polkadot!

253

Efinity menjadi sebahagian daripada ekosistem Polkadot selepas memenangi slot parachain yang dilelongkan.

Khabar baik ini dikongsi melalui Twitter rasmi Enjin pada awal pagi tadi.

Efinity memenangi slot parachain Polkadot melalui pelaburan sebanyak 7.7 juta DOT yang disumbangkan oleh lebih 20,000 ahli komunitinya.

Peluang ini juga bermakna Efinity telah menyertai Acala, Moonbeam, Astar, Parallel Finance, dan Clover Finance.

Bagaimanapun Efinity akan berlabuh di parachain pada blok 9,388,800, dijangka berlaku pada 11 Mac 2022 bersama-sama pemenang lelongan bagi slot ke-6 sehingga ke-11.

Ringkasan tentang Efinity

Efinity merupakan blockchain rentas rantai non-fungible token (NFT) yang dibangunkan oleh Enjin.

Kehadiran rangkaian Efinity memudahkan pertukaran dan penyenaraian harga NFT, termasuk mampu memproses 700-1,000 transaksi per saat (tps).

Melalui integrasi ini, Enjin akan membangunkan standard token yang dikenali sebagai paratokens yang sesuai dengan parachains, parathreads, dan kontrak pintar yang boleh saling kendali dengan keseluruhan ekosistem Polkadot dan Kusama.

Pada masa yang sama, token-token lain yang dihasilkan di rangkaian lain: ERC-20, ERC-721, dan ERC-1155 boleh menyertai Efinity melalui penghubung atau dikenali sebagai bridge.

Manakala Efinity (EFI) akan menjadi paratoken utiliti utama yang akan dilaksanakan di rangkaian tersebut.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat