Rangkaian Polkastarter Jamin Pengesahan Transaksi Yang Pantas?

165

Polkastarter adalah pertukaran desentralisasi (DEX) yang baru dibangunkan di ekosistem Polkadot yang bertujuan untuk memudahkan interoperabiliti antara blockchain.

Protokol kewangan desentralisasi membolehkan syarikat melakukan pengumpulan dana melalui kumpulan token cross-chain dengan jaminan keselamatan yang tinggi.

Penyelesaian penskalaan oleh ekosistem Polkadot dapat memberi pengguna pengalaman dalam menerima pengesahan transaksi yang sangat pantas dan murah.

Ini kerana ia telah dirangka sebagai penyelesaian kepada rangkaian Ethereum yang perlahan.

POLS merupakan ‘native token’ kepada Polkastarter yang mana digunakan sebagai pembayaran kos transaksi dan baru dilancarkan di platform Binance pada 19 Mei 2021.

Berdasarkan kepada carta POLS/USDT, pergerakan harga POLS telah melonjak melebihi 50% pada penghujung pasaran Jun setelah mencapai zon sokongan $0.90-$1.0.

Dengan lonjakan itu juga, ia telah menyokong harga POLS untuk kembali menguji paras SBR (support become resistance) sekitar $1.55 sebelum menyusut ke zon RBS (support become resistance) di paras harga $1.20-$1.30 semula.

Kenaikan harga yang lebih tinggi dijangka bakal menguji semula paras SBR $1.55 seperti yang pernah dicapai sebelum ini.

Zon SBR seterusnya sekitar $1.80-$1.90 bakal menjadi paras tumpuan untuk diuji dan bakal memberi isyarat yang jelas untuk pergerakan harga meneruskan trend bullish.

Sekiranya harga POLS gagal untuk mengekalkan rentak kenaikan, zon sokongan $0.90-$1.0 akan kembali dituju semula.

Penyusutan harga yang lebih rendah bakal menembusi zon sokongan $0.90-$1.0 dan akan meneruskan semula trend penurunan.

Setakat jam 5.00 petang waktu tempatan, harga POLS melonjak melebihi 4% dan diperdagangkan di paras harga sekitar $1.30.

Lihat gambar carta matawang kripto POLS/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat