Rangkaian Polygon, BNB Chain, Avalanche Kekal ‘Steady’ Walaupun Pasaran Bergelojak

133

Baru-baru ini platform analitik blockchain, Nansen telah menerbitkan laporan analisis berkaitan pasaran kripto yang menyaksikan penyusutan pada 2022 jika dibandingkan dengan rekod 2021.

Bagaimanapun, tiga rangkaian ini: Polygon, BNB Chain, dan Avalanche menjadi perhatian kerana prestasi yang stabil dan memberangsangkan.

Berikut rincian yang wajar diberi perhatian:

  • Polygon
    • Memfokuskan kepada skalabiliti, sistem Proof-of-Stake (PoS), dan kos gas yang rendah.
    • Disebabkan itu, ia menjadi pesaing terdekat Ethereum dan penggunaan Polygon mencatatkan peningkatan hampir 1,000% sepanjang 2021.
    • Bagaimanapun pada suku pertama (Q1) 2022, aktiviti di Polygon susut mendadak dengan jumlah transaksi masih kekal stabil.
    • Pada masa yang sama, kos gas meningkat untuk Q1 2022, tanda pertumbuhan positif aktiviti di rangkaian itu.
    • Rupanya isu tersebut terkait dengan permainan berasaskan Polygon, SunflowerFarmz.
    • Sebagai rekod, SunflowerFarmz mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa pada Januari hingga menyebabkan kesesakan rangkaian dan lonjakan harga gas hampir 800% berbanding Disember 2021.
  • BNB Chain
    • Rangkaian ini mencatatkan kemerosotan kadar aktiviti pada awal 2022 selepas peningkatan pada suku keempat (Q4) 2021.
    • Pun begitu, BNB Chain masih kekal sebagai pelopor dalam indusri blockchain dengan rekod rangkaian yang paling aktif.
    • Buktinya jumlah transaksi harian di BNB Chain adalah 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding Ethereum.
    • Sebelum ini BNB Chain dikenali sebagai Binance Smart Chain (BSC).
    • Perubahan nama itu selari dengan usaha mereka untuk meluaskan produk, tidak hanya platform pertukaran, Binance.
  • Avalanche
  • Avalanche merupakan juara dalam laporan ini.
  • Jumlah transaksi di rangkaian ini sangat luar biasa dan sehingga ke hari ini Avalanche terus tumbuh tanpa gangguan atau spekulasi negatif.
  • Dua aplikasi desentralisasi yang menyumbang kepada prestasi Avalanche:
    • Crabada – permainan berkonsepkan play to earn (P2E), seperti Axie Infinity (AXS).
    • Trader Joe – platform dagangan sehenti di Avalanche
    • Kedua-duanya telah menyuntik lebih 84 juta transaksi di rangkaian ini.
  • Manakala DeFi Kingdoms yang dibangunkan di blockchain Harmony One pula telah membawa lebih $500 juta selepas berlabuh di subnet
  • Wallet aktif di rangkaian ini pula telah menunjukkan lonjakan minat dengan rekod semasa sebanyak 79,200 pengguna harian, 278,000 pengguna mingguan, dan 583,000 pengguna aktif bulanan.

Untuk rekod 24 jam, Avalanche (AVAX) didagangkan pada $70.40, susut lebih 4%, Binance Coin (BNB) susut lebih 2% dengan nilai dagangan $395.68, dan Polygon (MATIC) susut lebih 3%, mencatatkan nilai dagangan $1.33.

Prestasi Bitcoin (BTC) yang kurang meyakinkan pada hari ini telah membawa kemerosoton harga koin-koin tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat