Rangkaian Polygon Cetus Panik, 13 Jam Penghasilan Blok Tergendala!

267

Rangkaian Polygon tergendala susulan daripada kegagalan penghasilan blok sejak 13 jam yang lalu.

Keadaan tersebut sebenarnya sudah dijangka dan pihak pembangun telah maklumkan kepada pengguna Polygon pada tengah malam tadi melalui laman forum rasmi.

Apa yang berlaku?

Difahamkan rangkaian Polygon dijadualkan berdepan dengan kemaskini terbaharu pada jam satu pagi tadi.

Bagaimanapun, kemaskini tersebut tidak berakhir dengan hasil yang memuaskan kerana dipercayai diserang pepijat.

“Kami syak kemaskini tersebut turut mengandungi pepijat yang membawa kesan negatif kepada konsensus dan menyebabkan pengesah lain Heimdall berada di rantaian versi lain. Ini menyebabkan konsensus tidak mencapai sepenuhnya, hanya 2/3 direkodkan.”

Sebagai rekod, rangkaian Polygon memiliki 3 lapisan dan setiap satunya memiliki peranan masing-masing:

  1. Ethereum: menempatkan kontrak pintar dan memastikan ia berfungsi.
  2. Bor: penghasilan blok.
  3. Heimdall: terdiri daripada nod Proof of Stake (PoS) untuk pastikan rangkaian beroperasi lancar.

Yang bermasalah sekarang ialah Heimdall yang masih belum capai sepenuhnya, hanya 2/3 seperti yang dimaklumkan dalam forum.

Setakat penulisan artikel ini, masih belum ada maklumat lanjut berkaitan isu tersebut kecuali ciapan rasmi di Twitter memberitahu bahawa mekanisme PoS di Polygon kembali beroperasi selepas pembangun memasukkan hotfix sementara:

Tetapi sehingga sekarang, masih belum ada blok di Polygon berjaya dihasilkan.

Pun begitu, harga seunit MATIC didagangkan pada $1.44 dengan lonjakan hampir 1% dalam 24 jam ketika penulisan artikel.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat