Rangkaian Serum Cetus Daya Tarikan Yang Kuat Dalam Pasaran!

76

Serum adalah pertukaran desentralisasi (DEX) serta merupakan ekosistem yang membawa kelajuan tinggi dan kos transaksi yang rendah ke kewangan desentralisasi (DeFi).

Rangka kajian projek Serum diperkembangkan oleh Serum Foundation yang disokong oleh sekumpulan pakar dalam kripto dan diasaskan bersama oleh Sam Bankman-Fried.

Penubuhan rangkaian Serum ditubuhkan menggunakan ekosistem Solana yang mana Solana adalah blockchain berskala web yang dapat mencapai 50,000 transaksi sesaat. Ini dicapai melalui fungsi yang dapat disahkan dan dikenali sebagai SHA 265 hash chain.

SRM adalah ‘native token’ yang digunakan pada ekosistem Serum dan merupakan protokol pertukaran cross-chain yang membolehkan pengguna menukar aset antara blockchain.

Meneliti kepada carta SRM/USDT, pergerakan harga SRM terus mengekalkan trend bearish dan telah menyusut melebihi 80% bermula pada penghujung pasaran Mei sehingga ke pergerakan pasaran Jun.

Tetapi menarik untuk dilihat kepada corak pergerakan harga, SRM pernah mempamerkan lonjakan melebihi 1,200% pada pergerakan pasaran 2021 dan telah mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $12.98.

Dapat diperhatikan juga, nampaknya paras sokongan $2.50 mampu dalam menyokong semula momentum lonjakan harga untuk kembali menguji paras SBR (support become resistance) sekitar $3.50.

Sekiranya pergerakan harga SRM berjaya menembusi paras SBR $3.50, berkemungkinan harga bakal menuju dahulu ke paras rintangan $4.50 sebelum menguji zon SBR seterusnya sekitar $5.00-$5.50.

Zon SBR $5.00-$5.50 bakal menjadi paras tumpuan setelah zon tersebut tidak berjaya ditembusi pada penghujung pasaran Mei serta permulaan pasaran Jun di mana pergerakan harga SRM kembali membuat penurunan.

Namun jika pergerakan harga SRM terus didorong untuk membuat penurunan, paras sokongan $2.50 bakal kekal menjadi zon utama untuk kembali diuji.

Manakala penurunan harga yang lebih rendah dijangka bakal menguji paras pembukaan pasaran di Binance pada Ogos 2020 sekitar $1.50-$1.80.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga SRM membuat lonjakan melebihi 2% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $3.30.

Lihat gambar carta matawang kripto SRM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat