Rangsangan A$130 Bilion Bakal Lonjakkan Dagangan AUD/USD?

1,111

Dolar Australia bergerak mendatar pada sesi pasaran Asia awal minggu selepas berjaya mengekalkan pengukuhan nilai berbanding US dolar minggu lalu.

Matawang US dolar yang berisiko terus menyokong kenaikan harga pada carta AUD/USD mencapai paras tertinggi mingguan pada 0.6200 pada sesi New York Jumaat lalu.

Aussie juga telah berjaya mengekalkan corak kenaikan harga untuk 2 minggu  berturut-turut selepas penurunan harga sebelum ini mencecah paras terendah 17 tahun.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyatakan kerajaan akan melaksanakan suntikan dana berjumlah A$130 bilion selama 6 bulan bagi menyokong sektor pekerjaan di Australia. Langkah ini bakal menyokong pemulihan semula ekonomi Australia yang terjejas disebabkan krisis Coronavirus yang melanda.

Harga yang bergerak mendatar dalam julat sekitar 60 pips sepanjang sesi Asia hari ini dilihat turut menguji paras RBS (resistance become support) pada 0.61200.

Jika kenaikan harga diteruskan melepasi paras ketinggian minggu lalu pada 0.6200, kenaikan lebih tinggi akan menuju paras tumpuan harga yang seterusnya pada 0.6300.

Sebaliknya jika penurunan harga berlaku dan harga bergerak lebih rendah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50), berkemungkinan harga memberi isyarat awal perubahan trend akan berlaku.

Penurunan harga akan menguji paras penting 0.6000 sebelum harga turun lebih rendah menguji paras terendah minggu lalu sekitar 0.58700.

Minit mesyuarat bank pusat Australia pada minggu ini turut menjadi tumpuan untuk pelabur meneliti butiran polisi monetari selepas penurunan kadar faedah ke paras terendah pada 0.25% yang terbaru.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat