Rangsangan ECB Pacu Peningkatan Dalam KLCI

153

Sesi dagangan pagi ini dimulakan dengan indeks KLCI mencatat aliran positif untuk dibuka tinggi mengikuti Wall Street setelah Bank Pusat Eropah (ECB) melancarkan rangsangan barunya di samping kebimbangan terhadap perang dagangan semakin berkurang.

Pada 9.05 pagi, indeks dibuka meningkat 2.17 mata kepada 1,603.17 selepas ditutup rendah pada 1,601 pada Khamis dengan perolehan sebanyak 145.35 juta yang bernilai RM44.27 juta.

Saham tempatan terus bergerak ke arah mendatar apabila para pelabur mengambil keputusan untuk menunggu pemangkin pasaran menawarkan lebih banyak petunjuk perdagangan, termasuk mesyuarat Fed minggu depan serta rundingan perdagangan yang dijadualkan Oktober ini.

Terdapat peningkatan harga saham yang ketara termasuk British American Tobacco (BAT)berikutan AS melarang penjualan produk vape berperisa susulan kesannya yang membahayakan kesihatan dan boleh membawa maut. Saham lain yang mengalami peningkatan adalah Pos Malaysia Bhd, Astro, Gamuda Bhd, Hong Leong Bank dan RHB Bank.

Sementara itu, ringgit terus dibuka tinggi kepada 4.1630/1690 berbanding dolar AS daripada 4.1640/1680 dipengaruhi oleh perkembangan positif perang perdagangan namun dihadkan oleh harga minyak yang rendah.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0276/0324 daripada 3.0275/0308 manakala berbanding yen Jepun, ringgit meningkat kepada 3.8468/8530 daripada 3.8602/8650.

Selain itu, ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.1334/1416 daripada 5.1355/1421 namun lebih rendah berbanding euro kepada 4.6051/6130 daripada 4.5925/5973.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat