Rapper Snoop Dogg Umum Terbit Token NFT Sulung Beliau!

606

Snoop Dogg yang merupakan rapper yang terkenal mengumumkan bahawa beliau akan melancarkan NFT (non-fungible token) yang sekarang kegilaan komuniti kripto. NFT yang dikenali sebagai “A Journey With The Dogg” akan memaparkan beberapa karayanya termasuk lagu-lagu beliau.

Sejak akhir-akhir ini para artis dan selebriti telah menunjukkan minat terhadap NFT kerana populariti dan peluang yang ditawarkan oleh NFT. Snoop merupakan antara artis yang terawal melancarkan NFT dengan kerjasama Crypto.com.

Pengamat kripto menjangkakan langkah ini akan mendorong artis lain turut mengikut jejak langkah Snoop dalam hal ini. Sebanyak lapan karyanya yang terdiri dari lagu dan karya seninya akan didagangkan. Pelancaran NFT ini juga akan menampilkan karya seni yang dikenali sebagai Snoop Dogge Coins.

Menurut beliau, karyanya akan dibuka untuk jualan selepas 1 jam pelancaran. Hasil jualan ini akan disumbangkan kepada pembiayaan untuk bola sepak dan membantu penyanyi lain.

Selain Snoop Dogg, Lionel Richie dan Boy George adalah beberapa nama mengeluarkan token NFT bersama crypto.com. NFT Snoop Dogg yang pertama akan dikeluarkan pada 2 April ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat