Rasmi! Anwar Ibrahim Pemimpin Ke-10 Malaysia

355

Pada tarikh 24 November 2022, setelah 4 hari berturut-turut Parlimen negara digantung, Dato Seri Haji Anwar bin Ibrahim secara rasminya diumumkan sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia ke-10.

Perkara tersebut disahkan Istana Negara sendiri lebih kurang 1.39 petang dengan Dato Seri Anwar Ibrahim bakal mengangkat sumpah pukul 5 petang hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikan Dato Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan perbincangan khas bersama Raja-raja Melayu.

Tambah kenyataan tersebut bahawa Yang di-Pertuan Agong memanggil semua ahli parlimen untuk bersatu padu demi menjaga masa depan negara.

Titah Yang di-Pertuan Agong lagi bahawa negara adalah khazanah yang diamanahkan oleh pelbagai pemimpin dan ia perlu dijaga untuk diwarisi kepada generasi akan datang.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin pula, pelantikan pengerusi Pakatan Harapan itu dibuat mengikut Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) daripada Perlembagaan Persekutuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat