Rasmi! Binance Ambil Keputusan Perelohi Bursa Kripto Indonesia, Tokocrypto!

149

Pasaran kripto seperti yang diketahui sedang berada dalam fasa yang membimbangkan untuk kebanyakkan pihak. Waima begitu ditengah situasi tersebut ada pihak yang menjalaninya seperti biasa. Binance mengambil kesempatan daripada keadaan pasaran semasa untuk berkembang ke pasaran Asia dengan memperoleh pertukaran kripto berlesen ketiganya.

Pada awal minggu ini, Binance mengesahkan bahawa ia menjadi pemegang saham majoriti pertukaran mata wang kripto Indonesia Tokocrypto, melantik CEO baharu berikutan peletakan jawatan Pang Xue Kai, pengasasnya dan kini bekas CEO.

Laporan lain menyatakan , Binance merancang untuk memperoleh semua saham Tokocrypto secara berperingkat untuk beroperasi secara sah di negara Indonesia kerana bursa itu mempunyai semua permit kawal selia daripada Agensi Kawal Selia Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (BAPPEBTI).

Perlu dinyatakan bahawa Binance telah melabur dalam Tokocrypto sejak 2020, jadi ia mempunyai hubungan yang panjang dan rapat dengan bursa Indonesia. Pang Xue Kai, yang akan menjadi ahli Lembaga Pesuruhjaya Tokocrypto, memuji pemerolehan Binance, dengan menyatakan bahawa gergasi Asia itu telah menyumbang banyak untuk membantu Tokocrypto memasuki pasaran digital Indonesia.

“Tokocrypto adalah hasil idea kami lebih empat tahun lalu dan saya amat berbangga melihat setiap pertumbuhan, pencapaian dan sumbangan yang telah dibuat oleh syarikat untuk memajukan ekonomi digital Indonesia.”

Pang Xue Kai menambah bahawa keputusan ini adalah hasi renungan panjang dan dibuat dengan”berhati-hati” dengan mengambil kira masa depan bursa pertukaran untuk memanfaatkan semua peluang pertumbuhan yang boleh ditawarkan oleh Binance bagi membina platform dagangan fizikal tambahan untuk aset kripto.

Yudhono Rawis, Ketua Pegawai Eksekutif sementara Tokocrypto, kesal kerana mereka terpaksa mengecilkan pasukan syarikat tetapi menegaskan bahawa ia adalah keputusan terbaik untuk mengatasi keadaan makroekonomi yang mencabar yang menjejaskan pasaran global.

Tamsilnya Binance sedang meluaskan penjajahan ke pasaran Asia dengan memperoleh pertukaran kripto lain, dan mengelak kejadian-kejadian malang berlaku seperti apa yang menimpa Three Arrows Capital, Voyager Digital, FTX, dan Alameda Research.

Selain itu, pemerolehan terbaharu Binance di Asia ialah Sakura Exchange BitCoin (SEBC), bursa Jepun yang dikawal selia oleh Agensi Perkhidmatan Kewangan (FSA) Jepun. Jepun juga mengharamkan Binance empat tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat