Rasmi! Robot Optimus Pengganti Manusia Diperkenalkan Elon Musk!

353

‘Tiada siapa rasanya dapat membendung kegilaan terbaru Musk ini.’

Semasa acara Tesla AI Day pada 30 September lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk secara rasminya memperkenalkan prototaip robot persis manusia (humanoid) pertama syarikat.

Humanoid yang diberi nama Optimus tersebut telah dipersembahkan di atas pentas dengan ia memperagakan aksi ringkas seperti melambai dan mengangkat lututnya.

Turut sama hadir di atas pentas adalah Musk dengan menbuat pengumuman bahawa robot tersebut masih dalam fasa ‘work-in-progress’ dan dijangka bersedia untuk pengeluaran besar-besaran 3 ke 5 tahun lagi.

Beliau turut menerangkan bahawa Optimus akan digunakan dalam beberapa tugasan khas di kilang kereta elektrik Tesla, selain mengatakan pengenalan robot tersebut akan mengubah asas ketamadunan manusia sedia ada.

Mengiringi ucapan Musk tersebut adalah sebuah tayangan montaj yang memperlihatkan robot Optimus sedang melakukan tugasan ringkas lain seperti menyiram bunga, mengangkat kotak dan bar logam yang berat.

Dalam pada itu, pelancaran robot tersebut telah menerima reaksi bercampur dalam kalangan pelabur dan penganalisis kewangan.

Rata-tata mereka menzahirkan rasa skeptikal dengan mengatakan Tesla telah terpesong jauh dari tumpuan asal iaitu kenderaan berkuasa elektrik.

Selain itu, ada juga antara mereka mengungkit semula kenyataan Musk terdahulu yang mengatakan artificial intelligence (AI) boleh menjadi ancaman kepada manusia.

Menyingkap kenyataan Musk terdahulu, jutawan itu mengatakan keperluan berhati-hati agar kejadian dalam filem robot Trerminator tidak berlaku.

Namun, kenyataan tersebut dilihat tidak selari dengan tindakan terbaru Musk ini apabila beliau mengatakan keinginan untuk menyelesaikan masalah utama robot iaitu memastikan ia mampu bergerak seperti manusia.

Berbalik kepada cerita asal, Musk mendedahkan bahawa Optimus mungkin akan dijual pada tanda harga $20,000 dan memiliki butang ‘stop’ yang mudah dicapai oleh pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat