RBA Kekalkan Kadar Faedah 4.35%, Ini Kesan Pergerakan Carta AUD/USD!

120

Tumpuan diberikan pada pengumuman penetapan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) yang terbaru sebentar tadi untuk mesyuarat dasar monetari edisi Jun 2024.

Seperti dijangkakan, kadar faedah dikekalkan oleh RBA di paras 4.35% untuk kali kelima berturut-turut setelah kali terakhir menaikkan kadar pada November tahun lalu.

Dolar Australia susut pada reaksi awal pengumuman tersebut sebelum kembali meningkat pada penutup dagangan sesi Asia.

Dalam perbincangan ahli mesyuarat, langkah pemotongan kadar faedah tidak dipertimbangkan dan tidak menyatakan juga keperluan untuk menaikkan kadar.

Ahli mesyuarat berhati-hati kerana bimbang kadar faedah yang terlalu tinggi akan menjejaskan sektor penting dalam ekonomi.

Berbanding US dolar, mata wang dolar Aussie positif menyambung dagangan pada pembukaan sesi Eropah petang ini selepas mesyuarat berakhir.

Meneliti carta pasangan mata wang AUD/USD, harga susut menguji paras 0.66000 ketika reaksi mesyuarat berlangsung, namun lonjakan semula harga dipaparkan.

Selepas turut menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu, harga meningkat lebih 20 pips.

Sekiranya US dolar masih melemah seperti semalam, ada potensi untuk kenaikan harga diteruskan selepas ini.

Paras sekitar 0.66500 jika diatasi akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi menuju zon rintangan pada 0.67000.

Namun jika harga merudum jatuh di bawah paras 0.66000 semula, akan menjadi petanda untuk pergerakan bearish minggu lepas akan bersambung lagi.

Penurunan yang dilanjutkan ke bawah dilihat akan mensasarkan sekitar zon tumpuan sebelum ini pada 0.65500-0.65400.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat